Jurgen Klopp memuji Liverpool selepas merakamkan kemenangan 2-0 dan salah satu kemenangan terbaik ke atas Manchester United.
Tandukan Virgil van Dijk pada minit ke-14 dan jaringan Mohamed Salah dalam masa kecederaan cukup untuk menundukkan The Red Devils di Anfield semalam dan memberikan kelebihan 16 mata buat Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Jaringan Roberto Firmino dalam separuh masa pertama dibatalkan VAR tetapi tuan rumah menoktahkan kemenangan apabila Salah mengejar hantaran jauh Alisson sebelum menewaskan penjaga gol, David de Gea.
“Ia merupakan perlawanan yang berkualiti, salah satu derby terbaik kami,” kata Klopp.
“Mendominasi sebahagian besar perlawanan. Saya tidak berapa gembar dengan aksi separuh masa pertama, pada penghujung lima atau tujuh minit. Tiada apa yang berlaku, kami tidak terlalu dominan seperti sebelum ini.
“Tetapi pada 10-15 terakhir, luar biasa.”
“Pada permulaan separuh masa kedua sungguh benar-benar kejam,” kata Klopp lagi. “Kami memiliki tiga atau empat peluang. Tidak menjaringkan gol dan lawan kami turut berusaha mencipta peluang.
“Kami perlu bertahan dan melakukannya dengan penuh bersemangat. Ditambah pula dengan suasana dalam stadium, sungguh menakjubkan.
“Dan yang terakhir, hantaran daripada Alisson Becker, hebat. Salah pula, jaringan yang terbaik.”
Sumber – stadium Astro