Hamidin tidak akan pertahankan jawatan Presiden FAM pada kongres badan induk itu Februari depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam kongres FAM pada Februari tahun depan.

Hamidin berkata, keputusan ini diambil untuk memberi peluang kepada pemimpin baru memimpin FAM. Beliau sudah enam tahun menjawat jawatan presiden dan merasa kini adalah masa yang sesuai untuk orang lain menerajui FAM.

Hamidin, yang menjadi Presiden FAM sejak 2018, menang tanpa bertanding pada kongres FAM ke-57 dan kekal menjawat jawatan tersebut untuk penggal 2021-2025.