Home Sensasi “Tak payahlah berlagu-lagu Syukri, semua orang tahu suara engkau tu tak sedap”...

“Tak payahlah berlagu-lagu Syukri, semua orang tahu suara engkau tu tak sedap” Bonda Rozita bersetuju dengan netizen, suara Aliff Syukri tidak sedap

Nampaknya bukan sekadar netizen, malah ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim juga nampaknya bersetuju untuk memberitahu anak keduanya itu memang tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Berkongsi kenyataanya ini dalam video yang dimuatnaik dalam laman Instagram miliknya semalam, Rozita turut meminta anaknya itu tidak meneruskan niat untuk menjadi penyanyi.

“Tak payahlah berlagu-lagu Syukri, semua orang tahu suara engkau tu tak sedap. Dan tak sedap pun, tak payah berlagu-lagu.

Sumber Instagram : bondarozitaibrahim

“Nak bagi faham, macam mana kalau engkau cakap buruk A, B, C dan D, orang cakap Syukri untuk niat nak jatuhkan kau, sebenarnya memang kau yang pilih jalan jatuh. Sebab apa tau, memang kau suka orang kecam. Masalahnya perangai kau tu, terpalit dekat mak,” katanya.

Malah apa yang turut membuatkan Rozita kecewa dengan anaknya itu juga, dia melihat Aliff terlalu melampau dalam muzik video terbaharu berjudul Ingin Bahagia.

“Kalau betul engkau, mak tak didik dulu, kenapa tak semua adik-beradik tak ikut macam itu. Bukan mak tak didik, mak dah cakap dah. Sekarang kau buat lagi, lagu menangis. Lagu menangis kau, berdarah-darah tu kenapa?

“Apa yang derita sangat? Somalia ke, Utupia kebuluran ke, berapa banyak nikmat yang Allah beri pada kau. Tak nampak ke?,” Katanya kecewa.

Sementara itu pada permulaan video itu Rozita turut membangkitkan bagaimana masalah yang ditimbulkan anaknya itu juga secara tidak langsung memalukan dirinya. Sebagai ibu Rozita memberitahu dia turut berusaha dalam memberi didikan yang baik namun Aliff jelasnya cukup degil.

Exit mobile version