Home Sensasi Siti Nurhaliza, Datuk K dikompaun RM10,000

Siti Nurhaliza, Datuk K dikompaun RM10,000

PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Dalam pada itu, tiga orang anak Datuk Seri Khalid juga turut dikompaun dan perkara itu disahkan oleh Arjunaidi.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar berkaitan gambar majlis tahnik bersama majlis akikah yang diadakan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa Ampang, Selangor pada 26 April lalu selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Sehubungan hal itu, ramai pihak tidak berpuas hati dan mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah yang dikatakan merentas negeri semata-mata menghadiri majlis berkenaan selain mendakwa penyanyi tersohor itu tidak sensitif dengan situasi semasa pandemik Covid-19.

Exit mobile version