Siti Hafiza ‘Throwback’ momen terendah Aliff Aziz dalam Gegar Vaganza

xr:d:DAF8Eld7K54:698,j:5825828620120786058,t:24032219

Ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafiza memuat naik hantaran terbaru menyatakan rasa bangga dengan pencapaian penyanyi itu di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Siti Hafiza ‘throwback’ momen di mana waktu itu Aliff menyanyikan lagu Cek Mek Molek dan mendapat pujian juri.

Hafiza turut memaklumkan Aliff sebenarnya berada di detik terendah dalam hidupnya.

Namun, Aliff tetap memberikan yang terbaik sehingga dinobatkan sebagai juara mingguan.

Ini kerana Aliff pernah mendedahkan bahawa dia menangkap isterinya, Bella Astillah berlaku curang dengan seorang pelakon lelaki pada 13 November 2023 iaitu sehari sebelum konsert kelapan ASGV.

Siti Hafiza turut memaklumkan anaknya hampir berputus asa dan tidak dapat membuat persembahan yang baik tetapi dengan pertolongan Allah SWT, semuanya tidak mustahil.

Tambahan lagi, Hafiza sebagai ibu gembira melihat Aliff sudah bersedia untuk ‘move on’ kerana dia juga berhak bahagia.