Menjadi hero di mata rakyat Malaysia memberi gambaran berbeza buat jaguh badminton Negara Datuk Lee Chong Wei . Bagaimanapun sebagai seorang suami dan ayah, tidak dapat dinafikan seorang yang gagah di gelanggang badminton ini sebenarnya merupakan seorang yang cukup romantis.
Berkongsi kisah awal percintaannya dengan isteri, Datin Wong Mew Choo sempena ulangtahun ke tujuh perkahwinan mereka, nampaknya ramai yang “bersemut” dengan pengakuan Chong Wei ini.
“Pada suatu ketika dahulu, dia ada di sana. Kadang memandangkan ku kadang tidak menghiraukan ku,” tulisnya.
Paling melucukan tulis Chong Wei rakan sepasukannya memberi idea untuk membelikan isterinya ketika itu sejambak bunga. Bagaimanapun kata Chong Wei dia tidak mempunyai wang lalu dia memetik bulu tangkis.
“Baru I tahu shuttlecock 16 feathers,” tulisnya lagi.
Kata Chong Wei ramai yang memberitahu dia cukup bertuah memenangi banyak kejohanan bagaimanpun jelas bekas pemain badminton negara ini tiada apa yang lebih bertuah daripada berjaya memenangi hati isterinya itu.