Peminat Neelofa ‘backup’, simpati dan anggap Neelofa telah ditindas seperti rakyat Palestin?

HANGAT diperkatakan mengenai isu selebriti sensasi, Neelofa dan suaminya yang didakwa di mahkamah berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Bukan hanya itu, malah ada petisyen dilancarkan bagi mendesak pihak berkuasa untuk bertindak lebih tegas ke atas selebriti berkenaan dengan mengenakan hukuman penjara.

Terdapat pelbagai reaksi berupa kecaman dilemparkan kepada usahawan dan pengacara tersebut. Namun, masih ada peminatnya yang meluahkan rasa kesal dan menyifatkan Neelofa telah ditindas sama seperti rakyat Palestin.

Melalui satu perkongsian di Insta Story lofa.page, peminatnya ada memuat naik status mengatakan Palestin dan Neelofa mempunyai satu persamaan dimana Palestin ditindas di atas tanah sendiri, Neelofa pula dibuli dan dimaki atas tanah tumpah darah sendiri.

Difahamkan, lofa.page merupakan akaun peminat selebriti itu kini mempunyai lebih 200 ribu pengikut di Instagram.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).