Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad masih sibukkan diri terhadap kes penceraian isterinya Noor Nabila untuk dilanjutkan ke fasa seterusnya di Mahkamah Tinggi, Shah Alam.
Sumber – Youtube mStar Online Malaysia
Menurut Sharnaaz, berkata bahawa dia masih menunggu dan mengikut langkah seterusnya dari pihak mahkamah untuk menentukan keputusan kes mereka.
“Kita masih dalam prosiding Mahkamah Tinggi jadi kita tunggu. Kita belum bicara lagi. Sebenarnya kita kena ikut prosedur dia satu-satu sampai tiba pada waktu perbicaraan.”
“Kalau dah sampai perbicaraan barulah kita boleh tengok apa yang terjadi ya. Sekarang ni kita hanya ikut mahkamah sahaja. Kita hormat mahkamah, mahkamah hormat kita,” kata Sharnaaz.
Sementara itu, mengulas lanjut soalan mengenai kes penceraian masih berpanjangan dan tidak selesai lagi.
“Kalau nak bercerai tak perlu cakap banyak, saya masukkan dia dalam mahkamah, dah bercerai. Tapi kita ada undang-undang.”
“Tapi kalau saya berkahwin dengan dia (Noor Nabila) dan bercerai buat apa? Kalau kes bercerai ni demi Allah bukan datang dari saya. Sebab saya kahwin bukan niat nak cerai kan dia,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Sharnaaz masih menunggu keputusan dari mahkamah dan ikut langkah berikutan kes penceraian mereka hingga di keluarkan kata putus oleh pihak mahkamah.