Ternyata Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi impak kepada masyarakat di negara ini.
Bersuara memberikan pandanganya agar kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni.
Black atau nama sebenar, Mohd Hanifah Md Hanafiah berharap agar ada bantuan khusus dalam membantu rakan-rakannya yang turut terjejas dalam tempoh ini.
Bagaimanapun permintaannya itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata tidak bersetuju. Malah ada yang menyifatkan apa yang diminta Black itu cukup melampau selain turut mepersoalkan kekayaan artis berbanding rakyat biasa.
Malah ketika ini juga laman Instagram miliknya turut di serang netizen yang tidak berpuas hati.
Bagaimanapun dalam membalas komen yang ditinggalkan Black menjelaskan agar netizen tidak memukul sama rata akan keadaan ekonomi artis di negara ini.
Jelasnya masih ada golongan penggiat seni yang turut memerlukan bantuan.