Melihat tiada sebab lagi untuk kembali bersahabat dengan pelakon Datuk Farid Kamil, Sofi Jikan yakin tiada lagi keserasian menyebabkan dia lebih senang untuk menjauhkan diri dari pengarah filem Rempit 2 itu.
Menolak terasa hati dengan Farid, kata Sofi dia sentiasa mendoakan kejayaan Farid.
“Sukar untuk dapatkan keserasian seperti dulu atau bersahabat kembali seperti dulu,”
“Saya tak bermusuh dengannya. Saya juga dah tak ambil hati selain doakan agar dia sentiasa berjaya,” katanya
Sofi yang terkenal dengan dengan watak antagonis itu diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara selepas didapati positif ganja ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat Farid.
Dalam laporannya, Farid menamakan pelakon KL Gangster itu sebagai antara tiga individu disyaki meletakkan dadah dalam minumannya.
Susulan itu, pada 31 Julai tahun lalu, pelakon terkenal dengan tagline “kasi sengat” itu dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan ganja, selain diperintah berada bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan selama tiga tahun.
Ditanya sama ada dia bersedia untuk digandingkan bersama Farid pada masa depan, kata Sofi secara berseloroh dia hanya akan berkawan didalam filem dan bukan di luar lagi.
Sementara itu, mengulas aktiviti bersama peminat Jodoh Syaitan, Sofi berkata dia akan bersama mereka di lima lokasi berbeza untuk Jelajah Promosi filem berkenaan. Tambahnya dia juga turut teruja dengan penglibatan pihak penaja Kumpulan Sun Century.
Merupakan pengguna produk Sun Century. Kata Sofi kelebihan yang terdapat pada produk ini membuatkan dia lebih yakin kini.