Sebentuk cincin milik usahawan Malaysia yang didakwa dicuri dalam sebuah hotel mewah di Perancis ditemui dalam pembersih hampagas.
Menurut laporan akhbar Perancis, Le Parisien, cincin bernilai AS$800,000 (RM3.73 juta) didapati lesap semasa wanita itu menginap di hotel The Ritz Paris.
Wanita yang tidak mendedahkan namanya itu baru sahaja pulang daripada membeli belah di sekitar Place Vendome pada Jumaat. Bagaimana pun, kembalinya Wanita tersebut ke dalam bilik penginapannya mendapati cincin yang diletakkan di atas katil telah hilang.
Selepas dua hari tersebut, pihak hotel mengumumkan penemuan cincin tersebut di dalam bilik tetamunya.