Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dihina orang luar.
Berkongsi rasa hati Datuk Seri Hasmiza Othman, atau lebih dikenali Datuk Seri Vida menjelaskan dalam laman Instagram miliknya dia kecewa dengan netizen yang terus mengutuk rupa paras anak gadisnya, Cik B.
“Sedapnya bahasa netizen, sampai ada yang kata Cik B minum Darah kambing hitam.
“Dok kutuk warna kulit Cik B,” tulisnya.
Tambah Vida dia sudah menyuruh anaknya untuk mengambil suplement untuk memutihkan kulit. Bagaimanapun anaknya itu menolak memandangkan mahu mempunyai kulit yang gelap.
“Nak buat macam mana puas paksa minum Qu Puteh.
“Tak mahu, dia nak jadi nigger, nak kulit tan,” tambahnya lagi.