SEPERTI yang kita sedia maklum, ramai individu yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini. Antara salah satu cara untuk kembali bersemangat adalah melalui muzik. Disebabkan itu, penyanyi hip-hop, DJ CZA, TUJULOCA dan MK mengambil peluang untuk melancarkan “VETO”.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berterusan, mereka berpendapat bahawa “VETO” bakal menyampaikan peringatan pada kita semua bahawa harapan wujud.
Kolaborasi itu terhasil kerana mereka ingin memberi inspirasi kepada pendengar dengan berfikir lebih positif dan tidak perlu menoleh ke belakang.
Walaupun penulisan lirik mengetengahkan pengunaan kasta bahasa yang sukar difahami rata-rata pendengar, ketiga mereka bersetuju “VETO” membawa erti kuasa.
Berkongsi sedikit mengenai perjalanan, DJ CZA, TUJULOCA dan MK bercerita bagaiman mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk berada di tahap kini.
Apa yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa.
Secara tidak langsung, “VETO” merupakan lagu berunsur motivasi, dan rimanya membangkitkan semangat.
Selain itu, “VETO” juga meraih lebih 360 ribu tontonan sejak pelancaran muzik videonya di Youtube pada 4 Jun.
Kini, “VETO” boleh didapati di semua kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.
Apa pun jom kita layan dulu!