Ternyata pengalaman bermalam di lokap memberi satu pengajaran baharu buat isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi atau lebih dikenali Dr.Erin.
Menggambarkan lokap sebagai neraka dunia, kata Dr.Erin perasaanya juga digambarkan seperti sedang menunggu hukuman di akhirat atas dosa-dosa yang dilakukan.
“Dalam lokap Allah tunjukkan neraka dunia. Perasaan dalam tu umpama kita tengah menunggu dosa-dosa kita dihisab diberi hukuman.
“Panas macam dalam ketuhar peluh meleleh 24 jam. Tak ada angin, tak tahu siang atau malam. Bagi yang tak tahu malu, 24 jam berbogel sebab panas dan makan minum berak kencing semua dalam tu je. Jadi tak ada perasaan malu dah.
Menjelaskan lebih terperinci keadaan di dalam lokap, tambahnya dia juga tiada masa untuk berfikir soal lain selain dirinya sahaja yang menunggu masa untuk pulang ke rumah.
“Betul lah cerita bila di padang mashyar, semua orang tak kisah bab orang lain dah. Kira diri sendiri je semua orang bogel pun tak ada masa nak tengok dan fikir sebab takut dengan dosa sendiri je masa tu.
“Samalah dalam lokap tu, menunggu bila nama kita akan dipanggil untuk dikeluarkan dari neraka dunia tu untuk dibawa ke syurga (balik rumah),”
“Setelah dihukum dineraka dunia kini engkau telah beri ku peluang melihat syurga dunia pula tempat paling indah di dunia. Itulah hikmah yang sangat aku syukuri,” tulisnya.
Berdoa agar dia lebih bersabar, tambah Dr. Erin dia juga mengakui pengalamanya ini membuatkan di lebih takut untuk membuat dosa.
“Ya Allah dengan pengalaman ni agar aku lebih takut membuat dosa pada-Mu dan agar aku tidak ada perasaan dendam dan marah pada manusia-manusia yang menghina, membenci dan memfitnah aku sampai ke tahap ni.
“Moga aku lebih banyak bersabar dan beramal di dunia ni supaya aku tak lama menunggu di neraka yang sebenar nanti. Moga Allah hapuskan dosa-dosaku dan gantikan dengan pahala orang-orang yang sabar. Baik buruk pengalaman hidup ini selagi nyawa di kandung badan aku redha dengan setiap ketentuanMu,” luahnya.
Sebelum ini, Dr. Erin didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu pelanggan berhubung urusan sijil halal.
Melalui perkongsian terkinu suaminya difahamkan keduanya kini sedang bercuti di Switzerland sebelum sebutan semula kes pada 3 April depan.