Penyanyi dangdut, Baby Shima menfailkan saman terhadap Pencetus Ummah (PU) Syed berhubung kata-kata fitnah.
Writ saman dan pernyataan tuntutan dikemukakan Shima atau Nor Ashima Ramli menerusi peguam Muhammad Noor Azfar Noor Azmi di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.
Muhammad Noor Azfar berkata, setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas kausa kepada pihak yang dinamakan sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang.
“Kedua-dua tindakan terhadap individu yang dinamakan difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan ‘malicous falsehood’ di bawah undang-undang ‘tort’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mohammad Noor Azfar lagi, pihak Baby Shima juga tidak berhasrat untuk memberikan komen lebih lanjut buat masa ini.
Katanya, langkah berkenaan diambil sebagai menghormati proses mahkamah, selain pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.
Sumber : Kosmo