Wow! Ustaz Somad kahwin gadis 19 tahun

PENDAKWAH terkemuka Indonesia, Ustaz Abdul Somad, 44 tahun membuat pilihan gadis berusia 19 tahun setelah melangsungkan majlis pernikahan pada petang semalam.

Memetik laporan Tribun Network, majlis yang berlangsung secara sederhana itu diadakan di kediaman pasangannya, Fatimah Az Zahra Salim Barabud di Jombang, Jawa Timur jam 4.30 petang. 

Pengumuman itu dikongsi oleh Ustaz Abdul Somad sendiri melalui Instagram

Turut hadir memeriahkan majlis termasuk pimpinan Pondok Modern Gontor dan Ketua-ketua Jabatan di jajaran Pondok Modern Gontor.

Majlis pernikahan mereka turut dimuat naik menerusi akaun Instagram Abdul Somad yang turut dihadiri ahli keluarga terdekat.

Ustaz Abdul Somad merupakan pendakwah bebas yang sering muncul di kaca televisyen menampilkan beberapa program menarik berunsurkan keagamaan selain mempunyai pengikut ramai.