Home Hiburan Vokalis kumpulan Radja Lelong Kaca Mata demi kelangsungan hidup

Vokalis kumpulan Radja Lelong Kaca Mata demi kelangsungan hidup

IMPAK pandemik Covid 19 meninggalkan kesan yang cukup besar buat banyak penduduk dunia.

Jangankan kata tukang kebun, pekerja kolar putih atau profesional pun ikut terasa kesan dari virus yang masih belum mahu hilang ini.

Salah satu kerjaya yang ikut terkena impak adalah pelaku seni sama ada pelakon, pemuzik atau karyawan balik tabir.

Di Indonesia, salah satu pemuzik yang kini hampir tak punya wang untuk meneruskan kehidupan adalah vokalis kumpulan Radja, Ian Kasela.

Perkongsian Ian di Instagram

Untuk memastikan dia masih mampu membeli makanan dan menampung keperluan lainnya, Ian terpaksa membuat keputusan untuk melelong koleksi kaca mata ikonik yang sering dipakainya sewaktu membuat persembahan.

Melalui perkongsian di akaun Instagramnya, Ian yang mempopularkan lagu Benci Bilang Cinta itu memberitahu hasratnya melelong barangan peribadi kesayangannya itu.

“Jika ini harus dilelong, mana satu yang kalian inginkan?” tulis Ian.

Di video tersebut, Ian juga kelihatan sedang memilih beberapa kaca mata yang pernah dia gunakan untuk dilelong.

Jejaka berusia 44 tahun itu mengatakan bahawa hal ini dilakukan kerana Band Radja tidak memiliki kewangan untuk menampung kehidupan mereka akibat sudah lama tidak mempunyai pekerjaan sejak pandemik Covid 19 melanda.

“Kami tak punya tabungan dan memang sudah lama tak buat persembahan. Tak ada pekerjaan jadi untuk menampung kehidupan, kami fikir lebih baik menjual koleksi ini. 

“Ini kami lakukan untuk menyambung hidup, bukan digunakan untuk berfoya foya,” kata Ian.

Kumpulan Radja adalah salah satu kumpulan dari Indonesia yang cukup popular di Malaysia sekitar tahun 2001.

Antara lagu popular Radja yang lain adalah Jujur dan Tulus.

Sumber: Gempak

Exit mobile version