Home Hiburan Syifa Melvin Throwback Video Kejutan Kehamilan, Netizen Terhibur Lihat Reaksi Safawi

[Video] Syifa Melvin Throwback Video Kejutan Kehamilan, Netizen Terhibur Lihat Reaksi Safawi

 

Selepas hampir tujuh bulan sejak kelahiran cahaya mata pertama, Syifa Melvin akhirnya berkongsi video sewaktu ingin buat kejutan kepada suaminya yang dirinya hamil anak pertama, Saif Sulaiman.

Video tersebut dimuat naik di platform Tiktok selepas mendapat kebenaran dari suaminya, Safawi Rasid.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi Safawi selepas melihat kit ujian kehamilan.

“Si Pawi ni kenapa. Mudah naw terkejutnya

“Taktau nak gelak ke happy tengok reaction Pawi

“Macam bini dia tunjuk katak dia punya terkejut tu. Pawi pawi. Semoga Saif membesar bagaikan juara,” antara komen netizen.

Syifa Melvin dan Safawi Rasid mendirikan rumahtangga pada 28 November 2022 dan dikurniakan cahaya mata Saif Sulaiman pada 30 September 2023.

 

 

@syifmel131 Mashaallah! Tuan badan dah bagi greenlight utk post, aku masih mixed feeling tengok video ni🤣🤣🤣 Saif nanti besaq hang tengok la video ni😜 #pregnancyrevealhusband #fyp @OFFICIAL SAFAWI R ♬ original sound – Syifa Melvin

 

Exit mobile version