Home Hiburan “Saya Jauh Lebih Cantik Dari Dia” – Fatiya Latiff Kata Muka...

[Video] “Saya Jauh Lebih Cantik Dari Dia” – Fatiya Latiff Kata Muka Zahirah Macwilson Macam Bibik

 

Fatiya Latiff menarik perhatian warga maya apabila tular videonya mengatakan dirinya lebih cantik berbanding pelakon, Zahirah Macwilson. Fatiya menjawab komen peminat ketika melakukan siaran langsung di media sosial miliknya yang mengatakan bahawa Zahirah Macwilson mempunyai kecantikan semula jadi.

Bukan itu sahaja, malah Fatiya turut menyindir secara terbuka mengatakan wajah Zahirah persis seperti bibik.

“Di mata saya, dia nampak seperti bibik,” ucapnya.

Namun, video itu tidak berhenti di situ apabila Fatiya turut mengkiritik ayah kepada Zahirah iaitu Zainol Macwilson serta suaminya Aiman Hakim Ridza.

“Dia takkan boleh lawan i. Dia (Zahirah) punya followers, campur Aiman punya followers, bergabung pun tak boleh nak lawan followers i,” katanya

Jelas Fatiya lagi, dia bersyukur tidak berkahwin dengan Aiman kerana mendakwa Aiman tidak mempunyai kewangan yang stabil.

Fatiya turut mendedahkan yang Zahirah telah melakukan sesuatu pada bibirnya di Australia. Fatiya pernah menjalin cinta dengan Aiman Hakim dan hubungan mereka putus pada tahun 2015.

 

@roses_officials Omg #fyp #trending #foryou ♬ my girl korean drama OST – rose♡
Exit mobile version