Home Hiburan Vazz Zahirah MacWilson, Aiman timang anak lelaki di Australia

Zahirah MacWilson, Aiman timang anak lelaki di Australia

PELAKON Zahirah MacWilson selamat bersalin cahaya mata lelaki di Perth, Australia pada Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan Zahirah dan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza di laman Instagram masing-masing.

“Ini adalah hadiah terbaik yang pernah kami terima.

“Alhamdulillah pada 5 Januari 2021, anak sulung kami, bayi lelaki selamat dilahirkan pada pukul 2.26 petang.

“Kami sangat teruja melalui pengalaman dalam bilik bersalin sekali gus bergelar ibu dan bapa.

“Perjalanan ini merupakan antara nikmat yang paling bermakna dan kami sangat teruja untuk melalui setiap momen-momen istimewa bersama si kecil, syukur Alhamdulillah,” kata pasangan itu.

Perkongsian Aiman di Instagram.

Aiman dan Zahirah bagaimanapun masih belum mendedahkan nama serta berkongsi gambar penuh putera sulung mereka buat tatapan umum.

Zahirah mengambil keputusan untuk melahirkan cahaya mata sulung di Perth kerana ibu dan adik-beradiknya menetap di sana, sekali gus aktres itu akan menjalani tempoh berpantang ditemani oleh ibunya.

Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu di Damansara Perdana, Selangor.

Sumber: mstar