Home Hiburan Sensasi Sofia Jane beri teguran pada pengguna jalan raya utamanya penghantar makanan

Sofia Jane beri teguran pada pengguna jalan raya utamanya penghantar makanan

PELAKON terkenal, Datin Sofia Jane berkongsi sebuah ciapan yang meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pengguna jalan raya yang gemar melanggar lampu merah terutamanya di kawasan lintasan pejalan kaki.

Sehubungan hal itu, dia juga turut menyarankan agar penunggang motosikal utamanya lebih berhati-hati terhadap isu keselamatan awam, lebih-lebih lagi di lampu merah.

Menerusi ciapan di Twitter, “Saya mohon kepada penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Lampu merah jangan dilanggar. Orang yang mahu melintas jalan seperti berhadapan dengan maut setiap kali di lintasan”.

“Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput maut, ujarnya lagi melalui akaun yang sama.

Dalam pada itu, Sofia juga turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap mereka yang suka menggunakan hon terhadap pejalan kaki.

Sofia berkata, “Siap hon mereka di tempat lintasan pejalan kaki. Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Budak-budak, orang tua nak berjalan pun payah kerana takut dilanggar. Apa nak jadi ni?”.

“Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ini baru motosikal, belum lagi saya meroyan fasal pemandu kereta,” tegasnya sambil menasihati pegguna jalan raya agar memperlahankan kenderaan sekiranya berdekatan dengan lintasan pejalan kaki.

Menurutny, kejadian seperti itu pernah berlaku kepada ahli keluarganya sehingga menyebabkan kecederaan.

Walau apa pun, teguran dan nasihat pelakon Sayang Salmah itu memang amat relevan. Kita sebagai pengguna jalan raya mungkin perlu memahami semula apakah hak pejalan kaki, memandu atau menunggang agar ia tidak diambil lewa dan sentiasa patuh pada asas peraturan jalan raya.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version