Tomok Berdebar Tunggu Jantina Anak Ketiga

Bakal menimang anak ketiga tidak lama lagi, kongsi penyanyi Tomok, isterinya Rahayu Abbas mengalami simptom alahan yang agak teruk.

Kata Tomok berbanding dua anaknya sebelum ini, alahan yang dialami isterinya kali ini agak berbeza.

Memang berbeza, ikutkan berbeza dengan dua anak saya sebelum ini. Isteri saya asyik alami muntah-muntah.” 

Sekarang usia kandungan baru masuk tiga bulan. Ikutkan selepas empat tahun memang kami sendiri tidak sangka dapat rezeki lagi, harapkan kandungan kali ini sihat dan dipermudahkan,” katanya.

Selepas dikurniakan dua anak lelaki , Arrian dan Andrashah Iman yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. Tomok tidak menolak isterinya mengidam untuk mempunyai anak perempuan pula.

Selepas mempunyai dua anak lelaki, isteri saya memang mahu memiliki anak perempuan pula. Namun buat masa ini kami masih belum tahun jantina anak. Hanya hujung bulan ini baru kami akan membuat pemeriksaan.” 

Bagi saya sendiri tidak kisah jantina asalkan kandungan isteri sihat, tetapi tidak dinafikanlah agak berdebar untuk tahu jantina anak ketiga ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34).

Sementara itu Tomok berkahwin dengan Rahayu pada 1 Julai 2011.