Konsert genKRU yang pertama kali diadakan dalam skala besar telah habis terjual dalam masa kurang dari satu jam! Kejayaan luar biasa ini tidak mengejutkan peminat KRU yang sudah lama menantikan acara bersejarah ini, terutama setelah melihat sambutan hangat di media sosial dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Sejak sidang media yang diadakan oleh KRU baru-baru ini, media sosial dipenuhi dengan pelbagai posting dan komen dari peminat yang teruja untuk menghadiri konsert tersebut. Pagi ini, ruangan sosial media kembali meriah dengan pelbagai posting mengenai perjuangan membeli tiket konsert.
Banyak yang gembira kerana berjaya mendapatkan tiket, namun tidak kurang juga yang kecewa kerana gagal merebut peluang tersebut. Situasi ini jelas memberikan impak positif yang sangat besar terhadap industri hiburan tanah air.
Iman Tang dari Icon Entertainment sekali lagi membuktikan kepakarannya dalam memartabatkan artis tempatan sehingga setaraf dengan artis antarabangsa.
Kejayaan ini juga menunjukkan betapa Astro Radio telah memberi sokongan padu kepada artis tempatan, sekaligus menunjukkan komitmen mereka dalam membangunkan industri hiburan negara.
KRU, Icon Entertainment, dan Astro Radio berjaya mengangkat Local Heroes ke satu tahap yang lebih tinggi! Ayuh kita semua memberi penghormatan setinggi-tingginya!
Selain itu, tema pakaian yang diwujudkan oleh penganjur turut memainkan peranan penting. Banyak peminat yang teruja untuk menghadiri konsert ini sanggup mencari pakaian mengikut tema di kedai bundle sekitar Kuala Lumpur, sekaligus memberi impak positif kepada ekonomi peniaga-peniaga bundle.
Iman Tang, sebagai penganjur, telah mencetuskan “demam” yang melanda seluruh peminat KRU, memberikan kesan yang baik kepada perniagaan peniaga bundle. Ramai peniaga telah menyatakan bahawa konsert genKRU yang bakal berlangsung lima bulan lagi sudah mula membawa mereka pelanggan yang ramai.
Sebagaimana yang kita ketahui, Iman Tang merupakan penganjur pertama di Malaysia yang memperkenalkan tema pakaian kepada penonton. Inisiatif ini terbukti berjaya dan sekaligus memberi impak positif kepada ekonomi, khususnya dalam industri kreatif. Ia bukan sahaja meningkatkan jualan bagi peniaga peniaga tempatan, tetapi juga membantu mempromosikan jenama-jenama tempatan.
Atas permintaan ramai, kami akan mengumumkan tentang hari kedua dalam masa terdekat.
Icon Entertainment merasa terharu dengan sambutan yang jauh melebihi jangkaan awal, di mana tiket habis terjual dalam masa kurang dari satu jam. Lebih 10 ribu pembeli tiket sudah bersedia dan beratur seawal pukul 8.30 pagi untuk merebut tiket tersebut. “Saya kira ini merupakan satu penghargaan dan respon positif yang luar biasa untuk artis tempatan kita,” ujar Iman Tang dengan rasa syukur.
Tahniah KRU! Tahniah Iman Tang!
Oleh: Room None