Teruja untuk filem baru! Channing Tatum belanja gambar bogel di media sosial!

PELAKON kacak Hollywood, Channing Tatum baru-baru ini telah membuatkan ramai peminat dari seluruh dunia teruja selepas memuat naik gambar bogelnya di Instagram.

Tatum yang kini berusia 41 tahun, sememangnya terkenal dengan tubuh berotot yang menggiurkan dan beliau mengambil gambar tersebut kerna ingin berkongsi bahawa dia sedang menjalan penggambaran filem terbarunya Lost City of D.

Walau bagaimanapun, bahagian kemaluan pelakon tersebut ditutup dengan emoji monyet.

Sebelum ini, Channing mendedahkan dia kehilangan kira-kira 11 pounds atau 5 kilogram berat badan sewaktu menjalani tempoh kuarantin dan selepas itu dia telah menjalani latihan untuk mendapatkan bentuk tubuh baru untuk filem terbarunya.

Menurutnya lagi, sebagai seseorang yang bekerja sebagai pelakon, dia amat jarang mengekalkan tubuh badan yang hebat kecuali jika dia terpaksa berbogel dalam filem.

Oleh sebab itu, jika ada peluang ‘kenapa tidak?’ untuk Tatum berbangga dan menunjukkan tubuh badannya yang menarik.

Hmm, mesti Channing sudah tidak sabar untuk tayang badan ‘sado’nya kan? Harap ramai berjaya kawal hati okay! Jangan excited sangat!