Terima mesej lucah nak lihat alat sulit, jawapan penyanyi Luqman Faiz ni memang ‘smooth’!

JANGAN mudah kata lelaki mudah tergoda dengan ajakan maksiat!

Itu yang dibuktikan penyanyi Luqman Faiz, 20, apabila menolak permintaan seorang pengguna laman Twitter yang meminta untuk melihat alat sulitnya dengan cara yang smooth.

Melalui perkongsian satu tangkap layar di Twitter, Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abd Halim Faiz mengiakan permintaan lucah pengguna laman sosial tersebut namun mengajak individu terbabit berjumpa di lokasi yang membuat netizen berasa geli hati.

Jawapan ‘smooth’ Luqman Faiz cuit hati pengikutnya.

“U nak d*ck u boleh tak?” soal pengguna Twitter dengan nama @forgottengorgey.

“Boleh je, bawah jambatan Pulau Pinang onz gak,” balas Luqman.

Rata-rata pengikut penyanyi yang terkenal dengan lagu Kepuraanmu itu terhibur dengan jawapan balas luqman.

“Jambatan mana satu? Tiang keberapa? Habaq siap-siap kesian dia tunggu nanti,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Jambatan Pulau Pinang ada dua, specific sikit,” tambah seorang lagi pengguna.