“Suami orang hentikan komen lucah terhadap Elizabeth Tan” – PU Rahmat

PENCERAMAH Bebas, PU Rahmat Ikhasan akui kecewa dengan sikap sebilangan golongan adam yang gemar menghantar komen-komen keterlaluan di akaun media sosial milik penyanyi, Elizabeth Tan.

Jelasnya, tindakan seumpama itu boleh mencerminkan kelakuan yang tidak sopan terutama bagi mereka yang sudah berumah tangga.

Sebagai seorang pemimpin keluarga tidak seharusnya bersikap sebegitu kerana dibimbangi akan memberi impak negatif kepada institusi keluarga terutama yang miliki anak perempuan. 

Perkongsian PU Rahmat di Instagram.

“Sudah melampau kiranya saya lihat komentar lelaki muslim di Page Saudari Elizabeth Tan. Lebih parah ada kalangan memberi komentar lucah daripada kalangan suami orang berpangkat seorang ayah.

“1) Wahai suami, labuhkanlah pandangan mata daripada memandang aurat selain daripada isteri anda yang halal. 

2) Sukakah kita anak perempuan kita kelak diberi komentar lucah?

Teguran tersebut disuarakan oleh PU Rahmat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Hal itu turut mendapat reaksi positif netizen yang turut menyokong teguran dibuat PU Rahmat. 

Mereka berharap individu terlibat sedar dan tidak mengulanginya.