Kunci mulut kontroversi video lucah mirip wajahnya yang viral di Twitter, betul ke Jakfer?

BETUL ke atau sekadar pelanduk dua serupa? Pelakon yang semakin mencipta nama, Hun Haqeem kini menjadi perhatian netizen apabila didakwa mirip individu dalam video lucah yang viral di Twitter sejak semalam.

Dalam video berdurasi 42 saat itu, seorang lelaki mirip Hun Haqeem yang popular dengan watak Jakfer dalam drama bersiri Kampung People itu dalam keadaan tidak berbaju selain pada hujung video dilihat seperti menggosok alat kelaminnya.

Pada saat ke-10 video berkenaan, lelaki itu sempat meninggalkan ciuman ‘nakal’ ke arah lensa kamera.

Sebelum penyebaran video terbabit, turut viral beberapa keping gambar tangkap layar yang didakwa mirip pelakon terbabit.

AKTOR ini sekadar mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang reaksi berhubung kontroversi video itu setakat ini.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada lelaki dalam video berkenaan adalah Hun Haqeem atau sekadar pelanduk dua serupa.

Malah, ada juga pihak beranggapan pelakon itu menjadi mangsa teknik ‘deepfake’ iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video.

HUN HAQEEM mula dikenali menerusi watak Jakfer dalam drama Kampung People.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Hun Haqeem bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya.

Selain Kampung People, populariti Hun Haqeem naik mendadak apabila dia kini membintangi muzik video single terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Siapa Tak Mahu di samping pelakon popular, Mira Filzah.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Hun Haqeem, Metrowealth International Group (MIG) sudah mengenal pasti dalang penyebaran video lucah yang didakwa mirip pelakon itu.

Pengarah Urusan MIG, David Teo menerusi rakaman video yang dimuat naik di saluran YouTube rasmi MIG berkata, pihaknya memberi amaran kepada semua pihak yang sudah menyebar gambar dan foto itu supaya dipadam sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Hari ini saya terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai Hun Haqeem, artis di bawah pengurusan Metrowealth. Kita dapat tahu bahawa banyak artikel, video dan foto disebarkan di Internet termasuk YouTube, Twitter dan lain-lain media sosial. Saya sudah berunding dengan peguam dan kita sudah mengenal pasti penyebar yang mengeluarkan video, foto dan cerita palsu itu.

“Jadi, saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada semua penyebar itu. Saya sudah panggil semua pegawai untuk rakamkan segala bukti yang ada. 

“Saya harap sesiapa yang sudah menyebar atau mengeluarkan foto, video dan cerita, sila turunkan atau padam. Jika tidak, saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya.

Sumber: Harian Metro