Sudah bawa jumpa keluarga, Lee Seung Gi dan Lee Da In sedia berkahwin

SEBELUM ini, pasangan selebriti Korea Selatan Lee Seung Gi dan Lee Da In telah mengesahkan bahawa keduanya sedang menjalin hubungan cinta dan dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menerusi laporan Soompi, hubungan mereka mula serius sejak tahun lalu dan terbaru, Da In dikatakan sudah bertemu nenek Seung Gi.

Mereka juga dilihat lebih terbuka bercerita mengenai hubungan istimewa dan sejak bulan Mac, pasangan tersebut juga telah dikhabarkan sedang melakukan persiapan untuk berkahwin, bagaimanapun kedua-duanya tidak mengulas lanjut mengenai khabar angin tersebut.

Gosip mengenai pertemuan bersama ahli keluarga di antara kedua pasangan selebriti ini menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Terdahulu, Seung-gi pernah menjalinkan hubungan dengan anggota Girls Generation, Yoona, namun hubungan mereka berakhir pada pertengahan 2015.