Dunia hiburan K-Pop terus dirundung kesedihan, hanya dua bulan lepas peminat dikejutkan dengan kematian penyanyi Sulli.
Semalam seorang lagi penyanyi K-Pop terkenal Goo Hara dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Cheongdam-Dong, kawasan Gangnam
Menerusi laporan media antarabangsa bekas ahli kumpulan Kara ditemui maut kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun punca kematian bintang berusia 28 tahun, masih belum dipastikan.
Hanya Mei lalu, Goo Hara pernah mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri.
Sebelum kematiannya juga, Goo Hara dilihat aktif mempromosikan karyanya di Jepun termasuk siri jelajah terbaharu, Midnight Queen.