Rita pertahankan maruah anak, mana Aidil?

Individu yang menggunakan laman sosial Facebook & Instagram untuk menyebarkan fitnah

Bagi Rita Rudaini komen yang ditinggalkan dua individu berkenaan status sah taraf dua anaknya bukan satu gurauan lagi. Tidak mahu komen-komen seperti ini meninggalkan kesan ke atas emosi anaknya itu dia nekad membuat laporan polis. Selepas dua minggu, akhirnya individu terbabit tampil menyerah diri.

Ternyata pilihannya untuk melihat dua individu yang melemparkan fitnah ke atas dua anaknya meminta maaf secara terbuka akhirnya tercapai.

Sedia menerima pemohonan maaf, namun dia yakin perkara ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Malah keadaan ini juga sudah disedari dua anaknya, mahu atau tidak dia sebagai seorang ibu tunggal harus menghadapi keadaan ini dengan cekal.

Bertindak atas nasihat peguam, Rita khabarnya juga tidak teragak-agak mahu meneruskan dengan saman malu ke atas dua individu terbabit. Namun semuanya masih di dalam perbincangan.

Melihat komen-komen yang ditinggalkan juga ramai yang menyokong tindakan Rita mempertahankan maruah dua anaknya.

Namun ada pula yang mempersoalkan kedudukan bekas suami Rita, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang dilihat tidak masuk campur dalam ‘peperangan’ Rita ini.

Antara komen yang ditinggalkan juga mempersoalkan perasaan Aidil ketika maruah anaknya diperkotak-katikkan netizen.