Netizen Dakwa Elly Mazlein Hamil?

PELAKON dan pengacara, Elly Mazlein mendapat perhatian netizen dan mendakwa hos Muzikal Lawak Superstar 2 dipercayai hamil.

Ini selepas, Elly kelihatan sering mengusapkan perutnya ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad.

Malah, selepas beberapa minggu tidak kelihatan di kaca tv ekoran program itu direhatkan akibat pandemik Covid 19, netizen turut gembira melihat seri wajah Elly.

“Perasan Kak Lina semalam asyik pegang perut je. Erm…ada baby erk,” tanya seorang warganet.

“Baby bump comel je kak Lina. Semoga saya pun dapat rezeki zuriat ameen,” doa seorang netizen.

Ia sekaligus menguatkan lagi dakwaan, seri wajah Elly bersinar-sinar seperti sedang berbadan dua.

Apa-apa pun setakat ini, empunya badan tidak berikan sebarang komen mengenai perkara itu dan diharapkan Elly Mazlein kekal sihat dan bahagia.