“Macam nak pakai tudung balik tapi kena istiqamah kalau tak kena….” – peminat doa yang terbaik untuk Uqasha Senrose

SEBELUM ini, pelakon terkenal, Uqasha Senrose pernah menjadi mangsa kritikan selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab.

Terbaru, Uqasha berkongsi video baru di Tiktok yang menunjukkan dirinya cantik manis berbaju jubah sambil mengenakan selendang.

Menerusi video berdurasi 47 saat tersebut, Uqasha berkata bahawa dirinya teringin untuk memakai tudung semula tetapi dia perlu benar-benar istiqamah sebelum memutuskan untuk kembali menutup aurat.

“Rasa macam nak pakai tudung semula. Tapi kena istiqomah dulu, kalau tak nanti kena kecam,” ujarnya melalui video.

Di ruangan komen, ramai warganet yang mendoakan yang terbaik dan memberikan banyak kata-kata positif sambil memuji penampilannya yang bertudung.

Apa pun, semoga Uqasha diberikan semangat untuk kembali perlahan-perlahan mengenakan tudung semula.

Sumber: Oijom