Kontrak Bella Hadid bersama dua jenama mewah dibatalkan kerana sokong Palestin?

BEBERAPA laman media sosial kini sedang hangat memperkatakan mengenai super model terkenal iaitu Bella Hadid yang diancam untuk menamatkan kontraknya bersama jenama mewah Dior gara-gara menyokong Palestin melalui aksi demonstrasi yang dilakukan di New York baru-baru ini.

Bermula dari khabar yang dikongsi melalui Tiktok, Bella Hadid telah dikecam oleh rakyat Israel yang menggesa jenama mewah tersebut agar membatalkan kontraknya. Dalam pada itu, alamat kediaman kakak model 24 tahun itu, Gigi Hadid juga telah didedahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai telah menggodam data peribadi keluarga mereka.

Walau bagaimanapun, ramai peminat yang meluahkan rasa khuatir untuk nasib mereka, lebih lagi Gigi Hadid kerana dia tinggal bersama anaknya.

Sementara itu, tular di media sosial poster Bella Hadi di kedai jenama Micheal Kors juga telah diturunkan dan itu telah dianggap sebagai “bukti” bahawa dia telah “dipecat” oleh syarikat tersebut.

Terbaru, Bella juga memuat naik satu perkongsian yang berbaur ‘neutral’ di media sosialnya yang tertulis “perdamaian, hidup berdampingan, dan kesetaraan”, dan membuatkan orang ramai tercengang sama ada dia telah mengubah sudut pandangan mengenai isu Palestin-Israel demi kebaikan dirinya sendiri.

Hal tersebut dilihat ‘pelik’ kerana selama ini Bella Hadid telah menyuarakan isu ini selama bertahun-tahun.

Model berketurunan Palestin-Belanda ini juga telah membuat ramai pihak tertanya dengan perkongsian yang tidak konsisten menyebelahi mana-mana pihak selepas akaun negara rasmi Israel mempersoalkan tindakan Bella yang turun ke perhimpunan solidariti Palestin.

Banyak yang percaya bahawa hal ini menunjukkan beberapa tekanan yang mungkin dialami Bella Hadid dalam menyuarakan aspirasinya.

Apa pun, kenyataan rasmi dari kedua jenama mewah tersebut masih belum dikeluarkan sehingga artikel ini ditulis.