Home Hiburan Sensasi Jangan Terlalu ‘Busy Body’ – Vie Shanti

Jangan Terlalu ‘Busy Body’ – Vie Shanti

Ketika perkahwinan pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, dengan Natasha Rosa Boudville, 29, menjadi perhatian kini.

Nampaknya ada sebilangan netizen pula mengambil kesempatan untuk mewujudkan rasa tidak senang kepada bekas isteri Eizlan, Vie Shanti Khan.

 

Berkongsi rasa hatinya melalui muat naik di laman Instagram peribadinya sebentar tadi. Vie memberitahu sejak beberapa hari lalu dia sering ditanya soalan-soalan tidak masuk akal oleh “netizen”.

Menggambarkan sebilangan netizen ini cuba menghakimi kehidupan lalunya tanpa tahu apa yang berlaku, Vie turut menjelaskan sepatutnya apa yang berlaku dalam rumah tangga orang lain bukan sesuatu yang boleh dibincangkan secara umum.

“Sejak beberapa hari ni saya dihujani pelbagai pertanyaan dan soalan-soalan yang tak masuk akal oleh ‘netizen’ ??.

“? Tak pasal-pasal mereka nak jadi orang tengah dalam menilai hidup orang lain sedangkan mereka tak tau pun apa yang sebenarnya berlaku ?,” tulisnya.

Menjelaskan dia tidak ada masalah dengan bekas suaminya itu, Vie turut memuat naik gambar kertiga-tiga anaknya yang disiapkan sendiri untuk menghadiri majlis perkahwinan Eizlan.

“Ini adalah gambar anak-anak yang saya siapkan sendiri dari rumah saya untuk menghadiri majlis perkawinan ‘Daddynya’ yang berlangsung sejak dari dua hari lepas..

“Relaxlah Netizen ! jangan terlalu ‘BUSY BODY’ tentang hidup orang lain.. terutamanya jika sesuatu yang langsung tiada kena mengena dengan hidup anda.. Ingatlah masalah rumah tangga atau keluarga orang bukanlah satu topik untuk perbincangan umum ! ,” tulisnya lagi.

Mahu memberi fokus kepada masa depan,Vie juga menjelaskan sepatutnya apa yang sudah berlaku dibiarkan sahaja berlalu.

Tambahnya sepanjang bergelar ibu tunggal dia juga tidak pernah memint simpati sesiapa untuk membesarkan anak-anaknya itu.

“Apa yang berlalu biarlah berlalu.. Selama saya besarkan mereka bertiga selama ini pun.

“Saya tidak pernah minta simpati masyarakat atau netizen untuk rai PUBLICITY MURAHAN,” tambahnya.

Sementara itu Vie kini sedang bahagia dengan perkahwinan terbarunya dan bakal menimang cahaya mata keempatnya tidak lama lagi

Exit mobile version