Home Hiburan Indonesia kecoh video hubungan intim mirip penyanyi Gisella Anatasia tersebar!

Indonesia kecoh video hubungan intim mirip penyanyi Gisella Anatasia tersebar!

LAMAN maya khususnya di Indonesia kecoh gara-gara tersebarnya sebuah video intim yang dikatakan mirip penyanyi terkenal Gisella Anatasia.

Video yang tersebar sejak malam Sabtu itu menunjukkan individu yang didakwa sebagai Gisella atau lebih dikenali dengan sapaan Gisel melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki yang belum dapat dipastikan identitinya.

Kedua-dua individu terbabit dilihat melakukan persetubuhan didalam sebuah bilik dengan latar belakang langsir berwarna coklat.

Malah beberapa pengguna laman sosial turut melakukan perbandingan latar belakang video tersebut dengan beberapa gambar bilik yang pernah dimuat naik Gisel sebelum ini.

Netizen juga membuat perbandingan lokasi video terbabit dengan bilik Gisel.

Lebih mengejutkan, wujud beberapa keping gambar yang memperlihatkan Gisel memakai baju kimono yang hampir sama dengan pakaian yang dipakai individu dalam video intim tersebut.

Walau bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang komen lanjut yang dikeluarkan pihak Gisel.

Laman sosial rasmi penyanyi yang terkenal dengan lagu Cara Lupakanmu turut dibanjiri komen netizen yang mahukan pengesahan tentang perkara memalukan itu.

Gisel masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung penyebaran video kontroversi tersebut.

Gisel, 30, merupakan salah seorang peserta peringkat akhir program Indonesia Idol musim kelima.

Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Gading Martin pada 2013 namun berpisah pada awal 2019.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Gempita Noura Marten yang kini berusia lima tahun.

Exit mobile version