“I am not pregnant” – Ameera Khan balas dakwaan dirinya sedang hamil

ADIK kepada usahawan selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan, menafikan dirinya kini sedang hamil seperti yang didakwa beberapa pengikutnya di laman Instagram.

Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan menerima komen sedemikian apabila memuat naik sekeping gambar dirinya yang mempromosikan pakaian yang dipakainya.

“I can see your pretty cute bump,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

“Baby bump, congratzz,” tulis seorang lagi netizen.

Komen balas Ameera Khan di Instagram.

Di ruangan komen tersebut, secara umum Ameera menjelaskan bahawa dia tidak hamil seperti yang didakwa

“I am not pregnant,” tulis Ameera.

Sudah tentulah ramai peminat Ameera turut menyokong kenyataannya itu.

“Baby bump baby bump. Tengok perut korang tu flat macam papan ke? Perut sendiripun berlapis,” balas seorang wargamaya.

“Tak boleh ke ada nampak bump? Omg, semua orang kena ada perfect body ke?” tulis seorang lagi wargamaya mempertahankan Ameera.

“That’s lemak bump hahaha not baby bump,” tambah seorang lagi wargamaya.

Ameera Khan nafi dirinya hamil.

Komen-komen yang menyokong Ameera menyebabkan netizen asal yang meninggalkan komen mengenai baby bump tersebut membuat permohonan maaf.

“I’m sorry my word buat orang salah faham. Saya tak terfikir pun adik Neelofa ni mengandung dan saya pun tak tahu adik Neelofa ni dah berkahwin atau belum.

“Jangan salah faham semua. I’m also have prety cute bump too,” tulis netizen tersebut memohon maaf.

Pada awal tahun ini pernah tular khabar angin yang mengatakan Ameera telah berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa setelah menghilangkan diri selama 8 bulan.

Sumber: Gempak