Eksklusif : Sajat dedah mahu buat umrah setiap tahun

Disebalik segala kontroversi yang melanda Usahawan Nur Sajat menjelaskan ini tidak akan memarahkan niatnya untuk menjadikan ibadah umrah sebagai rutin tahunan buat dirinya.

Malah jelasnya selepas ini juga dia menanam impian untuk membawa ramai lagi mereka yang membantu perniagaannga untuk menunaikan umrah.

“Apa yang boleh saya cakap saya cukup tenang di sana. Memang saya sudah berniat dari tahun ke tahun untuk ke sana lagi,” katanya secara eksklusif kepada The News Malaysia.

Sementara itu ditanya mengenai pendapatnya apabila menjadi mangsa kepada mereka yang menangkap gambarnya secara curi-curi ketika menunaikan umrah. Jelas Sajat dia cukup bersyukur untuk menunaikan ibadah tanpa gangguan.

“Saya tidak tahu mereka yang mengambil gambar saya itu, tidak fokus kepada ibadah ke, maafkan saya tetapi itu yang terdetik ketila melihat gambar-gambar saya.

“Apapun saya bersyukur dapat menunaikan ibadah walaupun ini kali pertama,” katanya.