Danial Zaini ‘buat gila’, tembus pasaran Indonesia dalam tempoh singkat!

SEJAK melancarkan single keduanya berjudul Ku Tak Rela 2 Disember lalu, nama penyanyi Danial Zaini boleh dikatakan semakin ‘berbisa’ bukan sahaja di tanah air malah di negara jiran.

 Malah terbaharu, Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 27, dilihat muncul dalam video ‘cover’ lagu Ku Tak Rela nyanyian penyanyi terkenal Indonesia iaitu Dara Ayu duet bersama Bajol Ndanu.

“Hi Dara apa khabar? Saya danial zaini, terima kasih kerana cover lagu ku tak rela bersama dengan Bajol.

“Semoga lagu ini menjadi lagu tema untuk mereka yang sedang bersedih ditinggalkan kekasih.

Ku Tak Rela versi ‘cover’ oleh Dara Ayu dan Bajol.

Awal Disember lalu, pelawak ini telah membuat pengakuan mengejutkan apabila mengakui video tular di atas katil sambil menyanyikan sebuah lagu di laman Twitter sekitar tahun lalu adalah dirinya.

Dia bagaimanapun menjelaskan tidak menyangka nyanyiannya ketika sedang ‘patah hati’ itu mendapat perhatian ramai.

Ku Tak Rela dapat perhatan sehingga ke Indonesia.

“Ramai tanya siapa yang buat lagu ni dan sebagainya, disini saya nak jelaskan lagu atas katil di laman Twitter yang tular sejak awal tahun ini sebenarnya memang suara saya, tp tak tahu pula nyanyian tersebut direkod seorang rakan tanpa saya sedari.

“Lagi pun kejadian itu dirakam pada hujung tahun lalu, cuma dimuat naik pada awal tahun ini dan menjadi tanda tanya kepada pendengar tentang identiti penyanyinya sehinggalah lagu ku Tak Rela dilancarkan secara rasmi sejak semalam,” jelas Danial.

Posting oleh lambe Lurah.

Malah, penyampai radio ini turut mendapat perhatian ramai apabila seakan-akan memberi bayangan dia kini mula ‘diintai’ seorang penyanyi daripada seberang.

Lebih membanggakan, penyanyi yang pernah tular dengan lagu Siti Bilang Cuti ini turut mendapat perhatian meluas media di Indonesia.

Dalam pada itu, salah satu akaun Instagram hiburan terkenal Indonesia iaitu @lambe_turah turut memuat naik perkongsian berita tentang penerimaan Danial di Indonesia.

Rata-rata pengikut akaun tersebut turut mengakui kehebatan single Ku Tak Rela yang disifatkan lain daripada yang lain.

Danial digosipkan sedang mengenali hati budi Dara.

“Suara mereka memang bagus dan lagunya sedap didengari serta lain daripada biasa,” kata netizen.

“Selamat maju jaya buat Danial dan semoga dapat mengembangkan bakat anda di pasaran hiburan Indonesia,” kata seorang lagi peminat.