Home Hiburan Sensasi Awal Ashaari luah rasa kecewa pengurusan pandemik, kes makin tinggi saban hari

Awal Ashaari luah rasa kecewa pengurusan pandemik, kes makin tinggi saban hari

PENGACARA terkenal Awal Ashaari meluahkan rasa kecewa dek kerana situasi semasa COVID-19 yang dianggap seperti tiada jalan penyelesaian.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Awal, 40, turut meluahkan rasa kurangs senang dengan langkah kerajaan menguruskan pandemik.

“Sampai tua beruban nak mampos baru kes turun dan kita boleh bebas,” tulisnya

Luah Awal di Instagram.

Mengulas lanjut, Awal berpendapat segala langkah telah dibuat namun keadaan seakan tidak berubah.

“Duduk rumah dah, kena cucuk vaksin dah, tutup business pun dah, stop shooting pun dah, kena buang kerja pun dah,” tulisnya lagi.

Melihat kepada situasi semasa, Awal mendakwa tiada sebarang perincian yang jelas berhubung pengurusan pandemik ketika ini selain menganggap tiada langkah terbaik dalam menguruskan krisis COVID-19.

Awal yang juga suami kepada pelakon Scha Alyahya turut menzahirkan rasa hampa dalam memikirkan soal anak-anaknya.

“Anak dah setahun belajar online, dah habis darjah dua dah pun, tercicir pelajaran jangan cakap lah.

“Yang sorang lagi sejak lahir dok mengadap kipas kat ceiling, tak kenal dunia luar.

“Nak ambik angin kat kat kawasan rumah pun guard halau suruh masuk berkurung dalam rumah, EMCO katanya,” jelasnya

Exit mobile version