Alvin Chong jadi perbualan hangat, didakwa ‘dating’ dengan individu bawah umur

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama penyanyi dan pelakon Alvin Chong menjadi perbualan hangat di laman Twitter sejak malam Sabtu.

Alvin, 29, didakwa sedang hangat menyulam cinta bersama seorang selebriti media sosial yang dikenali sebagai Athalia Deena Buswani.

Apa yang mengejutkan, Athalia yang juga anak kepada penyanyi Sharifah Zarina dikatakan baru berusia 17 tahun!

Perkongsian kemesraan Alvin dan Athalia cetus kegusaran peminat.

Hasil pemerhatian TheNewsMalaysia, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap keterbukaan kedua-dua selebriti menayang kemesraan mereka dan berharap ia hanya sekadar lakonan dan gimik.

Cicipan netizen yang mempersoalkan hubungan Alvin dan Athalia.

“Yang sebenarnya Athalia baru berusia 17 tahun manakala Alvin berusia 29 tahun. Ya tuhan, tolong la selamatkan Athalia daripada Alvin.

“Anda boleh katakan hubungan mereka boleh diterima akal dan frasa ‘umur hanya sekadar nombor’, namun ini merupakan kes bawah umur,” tulis seorang pengguna Twitter.

Netizen turut mengetengahkan isu pedofilia.

Maaf Alvin, kami dah tak faham dengan anda. Kami bukan menilai tentang jarak umur, namun Athalia masih di bawah umur,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Komen balas Athalia di laman TikToknya.

Namun menerusi komen balas Athalia di laman TikTok miliknya, dia seakan-akan memberi bayangan kemesraan mereka hanyalah sekadar lakonan.

“Anda semua fikir ini adalah perkara sebenar?,” tulis Athalia.