AIDILFITRI BERSAMA TV3 DAN TV9 MASIH SAMA

60

Terlalu banyak kekangan yang merisaukan rakyat Malaysia apabila berfikir tentang sambutan Hari Raya yang berkemungkinan disambut dalam kadar sederhana, ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini. Namun, TV3 dan TV9 tetap berpegang pada nostalgia Hari Raya, dan menghidupkannya kembali dengan program-program baharu bagi menceriakan suasana Hari Raya rakyat Malaysia.

Secara keseluruhannya, TV3 bakal menyajikan 10 program hiburan, enam program gaya hidup dan bual bicara, sembilan telefilem dan drama bersiri, serta satu program baharu dalam slot Bananana untuk penonton si cilik. Manakala TV9 menyajikan tujuh telefilem untuk menemani para penonton.

Drama bersiri di TV3 kali ini tampil sedikit berbeza kerana dibintangi oleh barisan pelakon cilik Zareef Yusof, Nik Adam Mika, Duerra Mitilda dan Indah Imeerlda dalam drama bersiri mini empat episod, Runi dan Solah. Drama bersiri mini ini mengisahkan Runi yang dibesarkan di luar negara berpindah kembali ke Malaysia bersama keluarganya. Runi berasa asing dengan budaya Malaysia dan cuba untuk menyesuaikan diri. Ayahnya, Rahmat menghantarnya ke kelas Fardhu Ain, di mana Runi berlawan dengan  Solah, Suraya dan Nisa.

TV3 turut menyajikan tujuh telefilem baharu untuk para peminat drama dengan barisan telefilem hebat seperti Tiada Galang Ganti, Saka Viral, Kisah Hidupku, Hantu Penunjuk Jalan, Validasi, Ara dan Rinding. Para penonton pastinya tidak mahu ketinggalan menyaksikan lakonan-lakonan pelakon kegemaran mereka seperti Ungku Ismail, Farah Nabilah, Mimi Lana, Izzue Islam, Azlee Khairi, Aiman Tino dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan juga program bual bicara edisi raya seperti Borak Kopitiam Raya dan Malaysia Hari Ini pada Hari Raya pertama, kedua, dan ketiga. Selain itu, terdapat juga program khas raya seperti 999 Khas Raya, Majalah 3 Raya, Tanyalah Ustaz Setulus Ikhlas dan Tanyalah Ustaz Norma Baharu serta Wanita Hari Ini Raya yang akan bertemu penonton di minggu pertama dan kedua Hari Raya nanti.

Bagi program hiburan terbaik Syawal TV3 pula, akan dimulakan seawal 23 Mei 2020 dengan sebuah program tajaan foodpanda, Havoc Nak Raya. Kemudian program hiburan Raya di TV3 akan diikuti dengan Studio Drama Sangat Raya, Al Kisah Pak Kodi, Melodi Raya Episod 1 (ditaja oleh Oppo), Melodi Raya Episod 2 dan The Best Of J.K.K. sehingga ke penghujung minggu pertama Hari Raya. Pada minggu kedua Hari Raya pula, program hiburan terbaik Syawal akan bermula dengan I Can See Your Voice Malaysia 3 Edisi Raya (ditaja oleh Oppo), Senang Terhibur Extra dan Muzik Muzik 35 Raya. 

Nantikan juga program-program menarik yang dibawakan khas oleh rakan-rakan penaja. Antaranya, HeroKu (30 Mei 2020, ditaja oleh TM), Indahkan Raya (10 Mei 2020, ditaja oleh Huawei), Tanyalah Ustaz dan Reka Raya (ditaja oleh Celcom), Saranghae Ramadan Eid (ditaja oleh Coway), Ratu Cantik Dapur (Ditaja oleh Huawei)  dan Dari Dapur Saya ke Dapur Anda (Ditaja oleh KFC dan Celcom). 

Hiburan di bulan Syawal tidak terhenti di situ kerana TV3 turut menyajikan filem-filem pecah panggung lokal, Hollywood dan Bollywood sebagai hidangan para penonton. Hiburan filem akan bermula filem Bollywood Don pada hari Sabtu, diikuti dengan J Revolusi, Ejen Ali The Movie (Ditaja oleh Pediasure), Hantu Nan Sempit, Jangan Pandang-Pandang, Hantu Bonceng, The Jungle Book (2016), Armor Of God, RA One, dan Captain America : Civil War.

Di TV9 pula, para penonton berkesempatan untuk menonton kembali telefilem-telefilem terbaik sepanjang musim Hari Raya. Antaranya adalah Bahulu Untuk Opah, Taubatku, Vlog Laura, Cruise Cinta Lebaran, Huru Hara Raya, Raya Kami dan Esok Untuk Kita.

Pada Hari Raya Pertama juga merupakan hari episod akhir drama Akasia: Bukan Gadis Biasa. Pada hari berikutnya, drama itu akan diambil alih dengan drama slot Akasia: Nasi Kerabu Untuk Che Abe, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 25 Mei pada pukul 7 malam. Drama Akasia: Nasi Kerabu Untuk Che Abe dibintangi oleh Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Titan, Scha Elinnea, Hariesa DFKL dan Jasmin Hamid.

Pada masa sama, sepanjang bulan Ramadan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) juga telah melaksanakan Juadah Setulus Ikhlas bersama dengan beberapa pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Ipoh (Perak), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (Melaka) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (Pulau Pinang) serta foodpanda, peneraju platform makanan atas talian. Dengan adanya program amal ini, ia telah memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menyediakan juadah berbuka dengan pembelian secara atas talian (online) menerusi foodpanda.

Pihak berkuasa tempatan yang terlibat mendapatkan 40 hingga 80 vendor dan ia turut terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai inisiatif Juadah Setulus Ikhlas. Mereka boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang inisiatif program amal ini menerusi laman sesawang rasmi kempen Setulus Ikhlas iaitu www.bharian.com.my/setulusikhlas dan www.ohbulan.com/setulusikhlas.

Selain itu, MPTN juga telah bekerjasama dengan Faizal Tahir dan Faithmen atau lebih dikenali dengan gelaran #iamfaithmen yang telah menerima pengiktirafan dengan Anugerah Sukarela Terbaik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk inisiatif amal. Bersama MPTN, mereka menghulurkan bantuan segera kepada keluarga-keluarga daif dan golongan kurang berupaya di tempoh PKP ini. Selain memberi barangan dapur kepada orang tua yang menghuni di Mesra Homes, tindakan membeli serunding dan kuih tart yang dihasilkan oleh para penghuni menjadi lebih bermakna apabila usaha mereka untuk mencari rezeki sendiri dihargai. 

 

Baca juga:   Ruhainies Jelajah Indonesia Demi “Secawan Kopi” Di TV Okey

Golongan gelandangan di Anjung Singgah dapat menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh mereka. Sebagai tanda sokongan kepada golongan kurang upaya, pasukan ini membeli roti daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Deaf Federation, MDF) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka juga membekalkan barangan kelengkapan dandanan diri kepada golongan ini. Faizal Tahir dan Faithmen telah membantu ibu-ibu Chow Kit dengan membelikan barangan dapur untuk mereka menyediakan juadah berbuka puasa untuk 200 orang. Sebanyak 60 keluarga di Buku Jalanan Chow Kit juga diberikan barangan keperluan asas untuk menampung kehidupan mereka. Faizal Tahir dan Faithmen juga akan membantu meringankan beban keluarga petugas barisan hadapan dengan menyediakan persiapan Hari Raya Aidilfitri. Paparan menarik tentang inisiatif amal ini dapat disaksikan di laman Facebook TV3 Malaysia pada 11 Mei 2020 dan juga IGTV @TV3Malaysia. 

Jangan ketinggalan untuk menonton semua tawaran kandungan menarik sepanjang bulan Syawal ini dengan TV3 dan TV9. Gunakan tanda pagar #SetulusIkhlas untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Ikuti juga laman media sosial rasmi TV3 dan TV9 Malaysia di Twitter, Instagram, dan Facebook serta portal hiburan xtra.com.my untuk maklumat lanjut tentang program-program menarik sepanjang bulan Syawal ini.