Punca sebenar kematian Song Yoo Jung masih misteri

PELAKON popular Korea Selatan, Song Yoo Jung selamat dikebumikan tengah hari tadi selepas dilaporkan meninggal dunia kelmarin (Sabtu), lapor portal Siakap Keli.

Memetik laporan asal portal South China Morning Post, punca kematian pelakon utama dalam cerita Dear My Name ini tidak didedahkan oleh agensinya iaitu Sublime Artis Agency.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu memulakan kariernya sebagai model kosmetik sebelum menceburi industri lakonan pada tahun 2013 apabila membawakan watak dalam drama romantis Golden Rainbow di MBC.

Popularitinya semakin terserlah apabila muncul dalam muzik video kumpulan iKON untuk lagu Goodbye Road baru-baru ini.

sumber: siakapkeli