Penulis lirik lagu Lelaki Teragung meninggal dunia akibat kanser

PENULIS lirik terkenal, Iman Imran meninggal dunia di kediamannya di Semenyih pada pagi Rabu.

Allahyarham juga merupakan bekas wartawan hiburan yang dihormati.

Iman atau Rudy Imran Shamsudin meninggal dunia tahun akibat sakit kanser yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu.
Berita sedih ini dimaklumkan sendiri oleh rakan arwah.

Allahyarham, 47, terkenal dengan karya tulisannya menerusi lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah.

Lagu tersebut juga berjaya menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke-31.