Penghidap bipolar kebiasaannya cantik?

SELEBRITI tanah air, Janna Nick baru-baru ini mengesahkan dirinya sedang menerima rawatan berkaitan masalah gangguan bipolar. Selain bergantung pada ubat, dia yang kini berusia 26 tahun itu turut berkongsi mengenai kisah silamnya yang dikatakan tidak sama seperti kanak-kanak lain.

Nurul Jannah Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick juga mengatakan bahawa dirinya juga pernah melakukan percubaan untuk menamatkan hidupnya sebanyak dua kali.

Perkongsian itu mendapat banyak reaksi dan ramai yang mendoakan kesejateraan dan kesihatan Janna agar lebih baik dan kuat pada masa akan datang.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook juga usahawan, Aifa Azlan juga simpati dengan masalah yang dihadapi oleh penyanyi dan pelakon tersebut. Dia yang juga menghadapi masalah sama sejak tahun lalu mengakui bahawa dirinya boleh melihat simptom tersebut pada Janna Nick.

Menurutnya, jika penghidap bipolar tidak mengambil ubat, maka otaknya akan overload kerana masih bekerja walaupun sedang tidur. Hal itu, akan mengundang masalah lain termasuk keresahan dan panik.

Aifa berkata dalam perkongsiannya, “…ciri-ciri bipolar ada dua fasa, iaitu manic dan low (depression)”.

Antara contoh fasa pertama adalah hidup seseorang itu akan berubah drastik sebagai contoh cabut tudung dan beli belah tanpa kawalan. Manakala rasa sedih dan gangguan tidur pula adalah antara simptom fasa low bipolar disorder.

Selain itu, menurut doktor yang pernah merawatnya. Seseorang akan mengalami episod kemurungan teruk dalam hidup dan Aifa turut berseloroh biasanya orang menghidapnya terdiri dari orang cantik dan kuat bekerja.

Apa pun, semoga Janna Nick dan penghidap bipolar di luar sana semakin sihat dan kuat menghadapi segala rintangan yang terjadi.

Sumber: Kisah Dunia