Pelakon veteran Korea Selatan, Lee Jieun ditemui mati

PELAKON veteran Korea Selatan, Lee Jieun 52, ditemukan mati di rumahnya di Seoul, pada Isnin. 

Mayatnya ditemui selepas seorang kenalannya membuat laporan polis mengenai kehilangannya beberapa hari lalu.

Kenalannya bertindak demikian kerana gagal mengubungi pelakon tersebut.

Polis sahkan mayat mangsa akan dibedah siasat untuk mencari punca kematiannya.

Sepanjang hidupnya, bakat lakonan mendiang memperoleh pengiktirafan dengan meraih trofi Pelakon Wanita Baharu Terbaik pada Anugerah 16th Blue Dragon Film Awards dan 34th Daejong Film Festival.

Sumber:Koreaboo