Dunia perfileman India dikejutkan dengan berita kematian pelakon Suhani Bhatnagar, yang popular dengan filem Dangal.
Suhani Bhatnagar melakonkan watak anak Aamir Khan ketika kecil iaitu Babita Phogat dalam filem tersebut meninggal dunia di usia 19 tahun disebabkan penyakit dermatomiositis.
Dermatomiositis adalah penyakit autoimmune yang jarang jumpa di mana ia menyebabkan keradangan yang menyebabkan lemah otot, ruam pada kulit dan radang otot.
Suhani Bhatnagar dimasukkan ke All India Institute of Medical Sciences pada 7 Februari dan meninggal dunia pada 16 Februari 2024.