Pelakon Benjy meninggal dunia di Indonesia

PELAKON Benjy Ibrahim disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit asma, lapor Astro AWANI.

Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty sedang menjalani hukuman penjara 11 tahun di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia sejak 2017 atas cubaan menyeludup dadah jenis syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayahnya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” jelasnya kepada Asro AWANI.

Menurut Karl, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit Asma.

Karl yang kini diuji dengan penyakit strok ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi ini,” jelas Karl.

Sumber: Astro AWANI