Pasangan penyanyi Syamel, Ernie sah bergelar suami isteri

PASANGAN penyanyi Syamel dan Ernie Zakri selamat diijab kabul sebagai suami isteri pada pagi Jumaat.

Syamel, 27, dan Ernie, 28, dinikahkan berwalikan bapa Ernie, Zakri Ahmad di hadapan 20 ahli keluarga dalam majlis tertutup di Masjid Puncak Alam pada pukul 10.30 pagi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian kepada Ernie.

Syamel dan Ernie selamat bergelar suami dan isteri.

Mereka saling bertukar dulang hantaran tujuh berbalas lima.

Kesemua dulang bagaimanapun tidak dibawa bersama ke majlis berkenaan bagi memenuhi SOP.

Untuk rekod, Syamel dan ernie mengikat tali pertunangan pada Ogos 2020.

Tahniah merpati dua sejoli, semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.