Papar adegan tarikan seksual, klip video Blackpink bakal kena ‘edit’

ADA sahaja yang tak puas hati! Itu situasi yang dihadapi kumpulan Kpop terkenal Blackpink selepas melancarkan lagu terbaharu mereka beberapa hari lalu.

Single berjudul Lovesick Girls itu didakwa memaparkan adegan tarikan seksual melalui satu adegan yang memaparkan salah seorang ahli mereka iaitu Jennie yang mengenakan uniform nurse.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan persatuan pekerja kesihatan Korea Selatan, kostum yang dikenakan Jennie itu disifatkan sebagai tidak sopan dan mempunyai unsur tarikan seksual.

Salah satu adegan yang dikatakan memaparkan adegan tarikan seksual.



Bagaimanapun kelab peminat Blackpink yang menggelar diri mereka sebagai Blinks mempertahankan gaya yang digunapakai Jennie dan menjelaskan langsung tiada daya tarikan seksual ditonjolkan Jennie.

Dalam pada itu, pihak pengurusan kumpulan yang terkenal dengan lagu How You Like That ini iaitu YG Entertainment turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi terhadap kerisauan yang diutarakan itu.

Lagu terbaharu Blackpink berjudul Lovesick Girls.


“Kami sudah memutuskan untuk membuang adegan yang menunjukkan Jennie memakai kostum nurse dalam klip video lagu Lovesicks Girls dan menggantikannya dengan versi olahan secepat mungkin.

“Kami tak menyangka isu ini bakal timbul biarpun mengambil masa yang lama untuk menyiapkan klip video lagu ini. Malah langsung tiada niat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

“Dengan berat hati, kami ingin membuat permohonan maaf semua nurse yang berasa kurang selesa dengan penampilan Jennie,” jelas YG Entertainmenmt.

Sumber:Koreaboo

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...