Home Hiburan OnxOn Gagal Diminggu Keempat MLM2019

OnxOn Gagal Diminggu Keempat MLM2019

Selepas empat minggu berjuang kumpulan OnxOn akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019).

Gagal membawa persembahan yang baik, OnxOn yang dianggotai Azrul Zaidi, Gbob dan Che Mat dilihat agak kaku dengan mesej yang cuba disampaikan.

Sementara itu selaku juri tetap, Najib Ali merasakan persembahan OnxOn sehingga minggu keempat masih belum mampu menunjukkan kekuatan dalam persembahan mereka.

Tidak ketinggalan tiga lagi peserta yang berada pada kedudukan terendah untuk minggu ini juga adalah Puteh, Jambus dan Rojak.

Dengan penyingkiran tersebut kini hanya tinggal kumpulan J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare, Stone, Rahmet, Jambus, Puteh dan Rojak untuk meneruskan persaingan minggu hadapan.

Exit mobile version